Search by doctor, specialty, procedures and conditions
Use our Enquiry Form or call us at :+603 7841 4000

Diploma Sponsorship Program

umsc white

UM Specialist Centre adalah sebuah hospital swasta yang dilengkapi dengan pakar perunding dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Fakulti Perubatan Universiti Malaya merupakan fakulti tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1905. Hasil dari pengalaman ini, UMSC mampu menggunakan teknik rawatan moden dan terkini dan membekalkan perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi kepada kesemua pesakit.

UMSC kini mempelawa calon-calon warga Malaysia yang berminat bagi mengikuti program Diploma Kejururawatan (MQA / FA 8919) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dibawah tajaan UM Specialist Centre Sdn Bhd.

Berikut adalah kriteria yang diperlukan bagi mengikuti program tersebut:

Umur                               :  Berumur 18 hingga 22 tahun

Taraf Perkahwinan       :  Bujang

Tempat Pengajian         :  Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Universiti Malaya

Tempoh Program          :  3 Tahun (Sepenuh Masa)

Kelayakan Akademik    :  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima (5) kredit.

  • Kredit dalam Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan)
  • Kredit dalam Bahasa Inggeris  
  • Kredit dalam Matematik
  • Kredit dalam dua (2) subjek lain di mana salah satu subjek utama adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
  • Lulus dalam Sejarah

Tahap kesihatan          :  Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan

Penajaan                       :  Program ini akan ditaja sepenuhnya oleh UM Specialist Centre Sdn Bhd sepanjang 3 tahun pengajian 

Ikatan Perjanjian         :  Calon-calon yang menamatkan Diploma  Kejururawatan dikehendaki berkhidmat dengan UM Specialist Centre Sdn Bhd selama 5 tahun 

Tarikh Permohonan     :  15 MAC 2018 hingga 31 MAC 2018

Tarikh Pendaftaran      :  8 JULAI 2018

CARA PERMOHONAN

  1. Pemohon yang berminat hanya perlu menghantar surat permohonan, butir-butir peribadi, nombor telefon untuk dihubungi, alamat emel, Gambar berukuran pasport beserta Salinan Sijil Pelajaran Malaysia yang disahkan oleh pihak sekolah.
  1. Pemohon akan dihubungi melalui telefon atau email untuk sesi temuduga antara tarikh 2 April hingga 14 April 2018.
  1. Permohonan perlu dihantarkan melalui :
    • Emel ke recruitment@umsc.my
    • Faks ke talian 03-78414143
    • Pos ke alamat UM Specialist Centre Sdn Bhd, Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 2, No 28 Lorong Universiti, Lembah Pantai 50603 Kuala Lumpur.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.